ad
SELANGOR

Tiga warga Indonesia lari saringan Covid-19 ditemui

21 Mei 2020, 3:43 PM

SEPANG, 21 MEI: Tiga daripada empat warga Indonesia yang melarikan diri dari rumah kongsi di Sepang pada Isnin lepas setelah menjalani saringan Covid-19, berjaya ditemui polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ketiga-tiga lelaki warga Indonesia itu ditemui di tepi jalan berhampiran belukar di kawasan Semenyih, Kajang, Selangor kira-kira 10 pagi hari ini.

Susulan itu, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dipanggil dan mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn untuk ujian saringan Covid-19.

“Setelah diambil ujian, mereka dihantar ke Pusat Kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi untuk tindakan susulan oleh pihak KKM,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia yang turut menghilangkan diri bersama mereka, masih belum dijumpai dan tindakan mengesan masih diteruskan, katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.