BERITA UTAMA

MPK belanja RM2.016 juta sokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

19 Mei 2020, 5:02 AM
MPK belanja RM2.016 juta sokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membelanjakan RM2.016 juta bagi menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin untuk menangani kesan Covid-19 fasa pertama dan kedua.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata jumlah itu membabitkan pengecualian sewa premis, fi Notis E penggal 1/2020 dan pemotongan gaji.

"Pengecualian sewa bulan April bagi premis MPK berjumlah RM701,445 manakala pengecualian fi Notis E penggal 1/2020 bagi 65,320 pemegang harta berjumlah RM1.306 juta," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil.3/2020 di Dewan Raja Mahadi, Klang hari ini.

Beliau berkata sejumlah RM8,502 pula disalurkan ke Tabung Khas Bantuan Covid-19 melalui potongan gaji Mei dan Jun membabitkan 63 kakitangan bergred 44 hingga 54.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.