ad
PBT

MDHS sedia 58 unit tong RORO sempena Aidilfitri

17 Mei 2020, 11:58 PM
MDHS sedia 58 unit tong RORO sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 18 MEI: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan 58 unit tong 'Roll On Roll Off' (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal sempena perayaan Aidilfitri.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan perkhidmatan tersebut disediakan di beberapa kawasan terpilih berdasarkan permintaan dan aduan penduduk bermula 15 hingga 25 Mei ini.

"Penduduk diminta membuang sisa pukal (perabot terpakai, almari dan peti ais), sisa elektronik (telefon bimbit dan komputer), sisa kebun (sisa cantasan pokok dan sisa mesin rumput) ke dalam tong berkenaan.

"Sisa domestik (dapur atau rumah) dan sisa elektronik adalah tidak dibenarkan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Senarai lokasi adalah seperti berikut :

1. Tapak Pasar Pagi Ulu Yam Baru

2. Desa Kelisa Ulu Yam Baru

3. Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama

4. Antara Gapi

5. Taman Seri Cahaya, Batang Kali

6. Taman Seri, Batang Kali

7. Medan Selera, Batang Kali

8. Desa Alam Ria, Batang Kali

9. Tamu Hill, Batang Kali

10. Kg. Rasa Tambahan

11. Perumahan Ros 2, Bukit Sentosa

12. Taman Tempua Bestari

13. Taman Titiwangsa

14. Taman Musabika

15. Rumah Murah Hulu Bernam

16. Kg. Seri Geriang

17. Taman Lembah Damai, Kerling

18. Kg Air Panas Kerling

19. Perumahan Tanjung, Bukit Sentosa - 2 unit

20. Perumahan Teluki, Bukit Sentosa

21. Perumahan Jenjarum, Bukit Sentosa

22. Perumahan Tulip, Bukit Sentosa

23. Perumahan Cempaka 1 tingkat , Bukit Sentosa

24. Perumahan Daisi, Bukit Sentosa

25. Perumahan Ros 1, Bukit Sentosa

26. Perumahan Mawar, Bukit Beruntung

27. Perumahan Kekwa, Bukit Beruntung

28. Perumahan Inai/ Melur, Bukit Beruntung

29. Perumahan Anggerik/ Kemboja, Bukit Beruntung

30. Lot Banglo Anggerik/ Kemboja, Bukit Beruntung

31. Perumahan Adenium 2, Bukit Beruntung

32. Lot Banglo Anggerik Prima Bukit Beruntung

33. Lot Banglo Mawar Prima Bukit Beruntung

34. Perumahan Semarak Bukit Beruntung

35. Perumahan Widuri Bukit Beruntung

36. Perumahan Kesumba 3A Bukit Beruntung

37. Perumahan Tanjung Bukit Beruntung

38. Perumahan Kasturi Bukit Beruntung

39. Taman Serendah Makmur Serendah

40. Taman Tasik Teratai Fasa 1, Serendah

41. Kg. Seri Serendah, Serendah

42. Taman Desa Melor, Serendah

43. Taman Desa Anggerik 1, Serendah

44. Taman Desa Anggerik 2, Serendah

45. Perumahan Rampaisari, Sg. Buaya

46. Perumahan Melursari, Sg. Buaya

47. Perumahan Cemperaisari, Sg. Buaya

48. Persiaran Bakawali, Sg. Buaya

49. Persiaran Utama, Sg. Buaya

50. Taman Ehsan Ibu Fasa 1, Sg. Choh

51. Kg. Tradisi, Sg. Choh

52. Taman Ariff dan Taman Teratai, KKB

53. Perumahan Padang Golf, KKB

54. Perumahan Padang Tembak, KKB

55. Taman Seruling, KKB

56. Pangsapuri MDHS (kuarters MDHS), KKB

57. Taman Keruing, Rasa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.