ad
AGENSI

Mangsa kebakaran terima bantuan Ad Hoc Yide

17 Mei 2020, 3:56 AM
Mangsa kebakaran terima bantuan Ad Hoc Yide

SHAH ALAM, 17 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbang barang keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Jalan SS5A/15 Kelana Jaya, kata pengurus operasinya.

Md Arifin Jaafar berkata sumbangan kecemasan itu disampaikan Yide pada Jumaat selepas menerima maklumat mengenai kejadian daripada ahli keluarga mangsa.

"Bantuan ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide membantu pihak ditimpa musibah khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, penghuni rumah Razali Abdul Ghani berkata kebakaran yang berlaku dengan pantas mengakibatkan hampir keseluruhan struktur kediamannya hangus terbakar.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Yide iaitu 017-7569476.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.