AGENDA

Covid-19: CDC ramal lebih 100,000 maut di AS menjelang Jun

16 Mei 2020, 10:01 AM
Covid-19: CDC ramal lebih 100,000 maut di AS menjelang Jun

WASHINGTON, 16 MEI: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meramalkan lebih 100,000 kematian akibat Covid-19 dicatatkan menjelang akhir Mei, lapor agensi berita Anadolu.

"CDC mengesan 12 model berbeza yang meramalkan kemungkinan kematian Covid-19 di AS. Sehingga 11 Mei, semua meramalkan kematian akan meningkat pada minggu berikutnya dan jumlah kumulatif melebihi 100,000 menjelang 1 Jun," tulis pengarah CDC Dr Robert Redfield di twitternya pada Jumaat.

Institut Kesihatan di Washington University meramalkan 140,000 penduduk AS akan maut pada awal Ogos.

Sehingga Jumaat malam, AS melaporkan lebih 1.4 juta kes dan angka korban melebihi 87,400, menurut Johns Hopkins University.

Sejak virus Covid-19 mula dikesan di Wuhan, China Disember lalu, wabak itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Di seluruh dunia ada lebih 4.5 juta orang dijangkiti dan lebih 300,000 pesakit meninggal dunia manakala 1.6 juta lagi sembuh.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.