PBT

MBSA larang kerja pembinaan di Seksyen U13

14 Mei 2020, 12:31 AM
MBSA larang kerja pembinaan di Seksyen U13

SHAH ALAM, 14 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam melarang kerja pembinaan dan pengubahsuaian di Seksyen U13, Setia Alam mulai hari ini ekoran berlaku kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

MBSA menerusi Facebook berkata arahan berkenaan tertakluk kepada premis, bangunan serta kediaman.

"Berdasarkan situasi kes positif Covid-19 di Seksyen U13, kami memutuskan tiada kerja pembinaan di situ sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," jelas kenyataan itu.

MBSA memberitahu, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 di talian 03-5522 2702 dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, dilaporkan ada dua kes positif Covid-19 di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan 1,612 kes di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.