AGENDA

Elak langgar SOP, pasukan petugas pantau pusat beli-belah

13 Mei 2020, 7:46 AM
Elak langgar SOP, pasukan petugas pantau pusat beli-belah

SHAH ALAM, 13 MEI: Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan polis akan digerakkan ke lebih banyak pusat beli-belah dan premis yang membuat jualan murah sempena Aidilfitri.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata ini bagi mengelak pelanggaran pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan orang ramai dijangka membuat persiapan menjelang perayaan.

"Kita boleh larang mereka (pusat beli-belah) daripada beroperasi jika didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengingatkan pelanggan dan peniaga supaya mematuhi penjarakan sosial di dalam dan luar premis termasuk beratur sebelum memasuki kedai dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

"Premis perniagaan boleh dibuka secara bersyarat antaranya penjarakan sosial dan beratur. Kita juga mengeluarkan SOP kawal pelanggan di dalam kedai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.