PBT

25 pekerja kutip semula sampah dibuang dari tingkat atas asrama

13 Mei 2020, 5:56 AM
25 pekerja kutip semula sampah dibuang dari tingkat atas asrama

SHAH ALAM, 13 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan 25 penghuni asrama membersihkan sampah yang dibuang mereka dari tingkat atas sebuah bangunan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

MPK dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya yang menerima aduan daripada peniaga mendapati sampah-sampah tersebut dibuang dari tingkat dua dan tiga bangunan Lintang Sultan Muhammed 1B.

"Pasukan MPK melalui Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran kemudian mengarahkan penghuni berkenaan membersihkan sampah tersebut serta-merta," jelas kenyataan itu.

Katanya, pihaknya juga memberi amaran agar penghuni di bangunan itu tidak lagi membuang sampah sesuka hati dan menjaga kebersihan kawasan.

Kesemua sampah itu sudah dibersihkan penghuni berkenaan semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.