AGENDA

25,156 warga asing disaring - Dr Noor Hisham

12 Mei 2020, 3:26 PM
25,156 warga asing disaring - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 12 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini sudah menyaring 25,156 warga asing bagi mengesan jangkitan Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu seramai 1,211 orang didapati positif dan empat kematian dicatatkan.

“Setakat ini, sebanyak 25,156 orang (warga asing) kita saring. Yang positif 1,211 kes bersamaan 4.8 peratus.

"Daripada jumlah itu, pesakit dalam rawatan di hospital ada sejumlah 495 orang iaitu bersamaan 50.9 peratus. Tiga kes sedang dirawat di ICU (unit rawatan rapi) bersamaan 0.6 peratus.

"Mereka yang pulih sepenuhnya 712 kes bersamaan 58.8 peratus dan juga membabitkan empat kematian dalam kalangan bukan warga negara setakat ini," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.