SHAH ALAM, 12 MEI: Mukim Batu di Gombak bertambah baik kepada zon kuning hari ini menjadikan semua mukim di Selangor berjaya keluar daripada zon merah.
"Mukim batu bertambah baik kepada zon hijau menjadikan mukim Selangor tiada berzon merah hari ini, mempengaruhi daerah Gombak kepada zon kuning.
"Mukim Hujung Permatang juga bersih daripada kes aktif menjadikannya zon kuning," kongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitter malam ini.
Berdasarkan data STFC daerah Petaling kekal zon merah dengan 62 kes aktif manakala daerah Gombak dan Hulu Langat bersatus zon kuning, masing-masing 35 dan 31 kes aktif.
Daerah lain bersatus zon kuning adalah Klang dengan 11 kes aktif, Hulu Selangor (9), Kuala Selangor (3) dan Sabak Bernam serta Sepang (1), manakala Kuala Langat kekal bersatus zon hijau.
Selangor merekodkan tiga kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,610 kes.
Malaysia catat 16 kes baharu iaitu terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Daripada jumlah tersebut sembilan kes membabitkan warga asing.


