AGENDA

96 pesakit pulih, 67 kes baharu - Dr Noor Hisham

10 Mei 2020, 9:09 AM
96 pesakit pulih, 67 kes baharu - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 96 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 5,025 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, 67 kes baharu dikesan dengan 49 daripadanya membabitkan warga asing.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,523 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan," katanya pada sidang media mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 18 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada kes kematian baharu direkodkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 108 kes atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.