PBT

MPK sita lima premis tanpa lesen

7 Mei 2020, 1:53 AM
MPK sita lima premis tanpa lesen

SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) semalam menyita lima premis perniagaan termasuk tiga yang dimiliki oleh warga asing kerana beroperasi tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan berkata operasi penguatkuasaan susulan aduan orang awam dan ahli majlisnya membabitkan dua premis di Klang Utara serta tiga di Klang Selatan.

Di Klang Utara, MPK menyita sebuah premis yang menjalankan dua perniagaan iaitu kedai makan dan kedai gunting rambut di Jalan Pengasah 3, Off Jalan Kapar, kedua-duanya dimiliki oleh warga asing.

Tiga lagi premis yang disita ialah kedai runcit di Pangsapuri Arista, Bandar Parkland yang dimiliki warga tempatan, satu oleh warga asing dan sebuah lagi tidak diketahui pemiliknya.

"Semua premis diberikan notis secara serahan tangan dan tampal oleh Jabatan Bangunan MPK serta ditandakan dengan tali kuning," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.