AGENDA

Petaling, Hulu Langat, Gombak kekal zon merah

6 Mei 2020, 5:15 AM
Petaling, Hulu Langat, Gombak kekal zon merah

SHAH ALAM, 6 MEI: Daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak kekal sebagai zon merah setakat jam 12 tengah hari semalam.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter memaklumkan sebanyak 89 kes aktif dicatatkan di Gombak manakala Petaling (51) dan Hulu Langat (45).

Daerah Petaling kembali menjadi zon merah apabila terdapat pertambahan sebanyak 13 kes, kelmarin.

Manakala, tujuh lagi daerah di Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak masih dikategorikan sebagai zon merah apabila kes rata-rata melebihi 41 ke atas.

Sementara itu, Putrajaya kini bebas kes aktif Covid-19 menjadikan enam negeri tanpa kes aktif termasuk Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

"Tanggungjawab menjaga kesihatan dan kebersihan diri kini terletak di bahu rakyat Malaysia. Sentiasa amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain dan basuh tangan dengan sabun serta air secara kerap," kata KKM di Facebooknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.