AGENDA

Fitnah pegawai menteri ditahan SPRM, KKM lapor polis

6 Mei 2020, 12:39 AM
Fitnah pegawai menteri ditahan SPRM, KKM lapor polis

SHAH ALAM, 6 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat laporan polis berhubung fitnah yang mendakwa lima pegawai menteri dan kementerian itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KKM dalam kenyataan memaklumkan dakwaan itu dibuat menerusi penulisan di akaun Facebook Teuku Shafiz Rullah dan STEADYAKU47 serta Twitter @fadzilahmamat.

"Hantaran itu mendakwa SPRM menahan dua pegawai kanan menteri kesihatan dan tiga pegawai kementerian. Malah, mereka turut mendakwa menteri kesihatan terlibat dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta.

"KKM melahirkan rasa kesal terhadap fitnah itu dan memohon masyarakat untuk hentikan perkongsian di media sosial," tulis kenyataan tersebut.

Justeru, KKM berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.