AGENDA

Acara hiburan dilarang, kedai gunting rambut tidak dibenarkan

1 Mei 2020, 6:40 AM
Acara hiburan dilarang, kedai gunting rambut tidak dibenarkan

SHAH ALAM, 1 MEI: Kedai gunting rambut dan salon kecantikan kekal dilarang beroperasi di sebalik keputusan kerajaan membenarkan hampir semua aktiviti ekonomi dan sosial dibuka mulai Isnin.

Kedua-dua perniagaan itu termasuk dalam senarai larangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi tatacara operasi piawai (SOP) pembukaan semula sektor ekonomi.

Berikutan antara senarai yang dilarang mengikut sektor:

Hiburan dan riadah

- Panggung wayang

- Pusat karoake

- Taman tema

- Muzium

- Busking

Perayaan, perarakan dan perhimpunan

- Perarakan keagamaan

- Aktiviti agama berjemaah di masjid/ rumah ibadat

- Sambutan hari ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)

- Sambutan hari raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*perjalanan pulang hari raya akan diumumkan kelak)

Sukan

- Pertandingan melibatkan perhimpunan penonton (stadium)

- Aktiviti sukan dalaman (termasuk gimnasium)

- Kolam renang

- Sukan bersentuhan. Contoh ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang

Pendidikan

- Sukan semasa sesi persekolahan

- Aktiviti kokurikulum bersemuka

- Sebarang bentuk perhimpunan sekolah

- Sebarang bentuk majlis atau program lebih 10 orang

Aktiviti Sosial

- Kenduri-kendara

- Majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun atau sebagainya

Persidangan dan pameran

- Pameran kerjaya

- Pameran perkahwinan

- Promosi dan pakej pelancongan

- Karnival jualan

- Semua jenis persidangan melibatkan kumpulan ramai

Perniagaan (sama ada berpremis atau sebaliknya)

- Bilangan pelanggan terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada radius jarak minimum satu meter)

- Bazar Ramadan

- Bazar Hari Raya

Kedai pakaian dan aksesori fesyen

- Aktiviti acu pakaian

Dobi (khusus dobi layan diri)

- Aktiviti melipat pakaian

Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

- Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan atau kawasan awam tidak dibenarkan

Peladangan dan pertanian

- Hari bertemu pelanggan

- Hari jualan barang bekalan ladang (BBL)

- Pesta makan buah-buahan

- Kursus/ seminar

- Konvokesyen institut pertanian

- Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

Perikanan

- Aktiviti perikanan rekreasi

- Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium

Seni 

- Penggambaran filem

- Acara/ konsert/ program melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

- Pameran melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

Pelancongan dan perhotelan

- Penggunaan kemudahan hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan bufet).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.