AGENDA

Hantar bantuan ke pusat operasi, elak pertindihan penerima

30 Apr 2020, 8:34 AM
Hantar bantuan ke pusat operasi, elak pertindihan penerima

SHAH ALAM, 30 APRIL: Badan bukan kerajaan (NGO) atau individu persendirian yang ingin menghulurkan bantuan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disaran berbuat demikian di pusat operasi yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata langkah itu bagi memudahkan petugas hadapan mengagihkan bantuan secara sama rata kepada semua penduduk tanpa pertindihan penerima bantuan.

"Kadang-kadang pusat operasi tidak tahu mereka (penduduk) sudah menerima barangan. Mungkin NGO datang menghantar bantuan ke rumah yang sama. Jadi akhirnya mungkin ada yang tidak dapat, ada yang dapat secara berlebihan," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Setakat ini sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara menjalani PKPD dan terbaru di Selayang Baru bermula 25 April sehingga 3 Mei.

Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan selain pelawat juga tidak dibenarkan masuk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.