AGENDA

Kerap langgar lampu isyarat, menteri tegur penunggang e-panggilan

27 Apr 2020, 8:34 AM
Kerap langgar lampu isyarat, menteri tegur penunggang e-panggilan

SHAH ALAM, 27 APRIL: Penunggang e-panggilan yang menghantar makanan diingatkan supaya mematuhi undang-undang meskipun diberi kelonggaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata laporan polis mendapati ramai penunggang mengingkari undang-undang jalan raya termasuk melanggar lampu isyarat.

"Polis minta saya sampaikan kepada mereka supaya patuhi undang-undang. Walaupun tidak langgar PKP tetapi mereka melakukan kesalahan lain," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan penunggang yang menghantar makanan dan barangan ketika PKP sering melanggar lampu isyarat dan membahayakan nyawa serta pengguna jalan raya lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.