AGENDA

KKM saring 60 peniaga Pasar Pagi Taman Megah

26 Apr 2020, 12:39 PM
KKM saring 60 peniaga Pasar Pagi Taman Megah

SHAH ALAM, 26 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyaring 60 peniaga Pasar Pagi Taman Megah selepas terdapat satu kes disyaki positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan menutup operasi pasar juga dilakukan bagi membolehkan saringan dibuat segera.

"Kita berharap dapat kesan sesiapa yang berkaitan. Berdasarkan pengalaman kita, kadar jangkitan kontak rapat sekitar 30 peratus," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin memaklumkan ahli keluarga dan individu berhubung rapat dengan pesakit perlu menjalani saringan manakala peniaga berdekatan juga digalakkan berbuat demikian.

Beliau berkata, peniaga tersebut difahamkan bukan penduduk setempat dan hanya berniaga di pasar berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.