AGENSI

LZS bantu mualaf tiada rumah, hulur keperluan makanan

26 Apr 2020, 8:25 AM
LZS bantu mualaf tiada rumah, hulur keperluan makanan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu seorang mualaf mendapatkan bilik sewa setelah dipercayai menjadi gelandangan di sebuah medan selera, di sini.

LZS dalam kenyataan di Facebook berkata mualaf berkenaan terpaksa menumpang teduh di medan selera itu selama 19 hari kerana tidak mempunyai tempat untuk berlindung.

"Kami membayar sewa bilik sebanyak RM350 sebulan dan menyerahkan wang bantuan berjumlah RM300.

"Selain itu, bantuan makanan turut diserahkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung. Terima kasih diatas maklumat dari penduduk dan kariah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.