AGENDA

PKP tidak boleh dihenti mengejut, virus masih ada dalam komuniti

26 Apr 2020, 1:33 AM
PKP tidak boleh dihenti mengejut, virus masih ada dalam komuniti
PKP tidak boleh dihenti mengejut, virus masih ada dalam komuniti

SHAH ALAM, 26 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh dihentikan secara mengejut kerana virus Covid-19 masih ada dalam komuniti, kata Pengerusi Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata PKP yang sudah memasuki hari ke-40 hari ini telah berjaya mengekang wabak berkenaan daripada terus menjangkiti individu sihat sekali gus melandaikan keluk pandemik di negara ini.

[caption id="attachment_404253" align="alignleft" width="500"] Temu bual bersama Dr Dzulkefly Ahmad di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 23 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Katanya, ia juga membolehkan kes positif yang sebelum ini mencecah tiga angka setiap hari berubah kepada hanya dua angka.

"Tindakan PKP atau mengawal pergerakan yang turut dilakukan di beberapa negara lain telah mendatangkan kesan positif.

"Keadaan ini membolehkan pemimpin-pemimpin dunia kini mula bercakap mengenai langkah seterusnya sekiranya kawalan pergerakan ditamatkan, bagaimana kita akan memulakan semula kehidupan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Talkshow Anak Muda 2020 yang dikendalikan Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir menerusi Facebook malam tadi.

Turut sama dalam rancangan bual bicara itu ialah Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii dan pakar perubatan dari Jakarta, Dr Iskandar R. Budianto.

Bagaimanapun, Dr Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata,  PKP juga tidak boleh berlarutan agak lama kerana ia mempunyai kesan tersendiri.

"Oleh itu, amat penting kita melihat persoalan besar iaitu bagaimana negara kita akan bergerak ke hadapan selepas PKP nanti," katanya.

Semalam Malaysia mencatatkan 51 kes baharu positif wabak menjadikan jumlah keseluruhan 5,742 orang dijangkiti.

Manakala seramai 99 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh 3,762 individu  dan angka kematian meningkat kepada 98 orang ekoran dua mangsa meninggal dunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.