BERITA UTAMA

Ramadan berbeza, buka ruang MB berbuka dengan keluarga

24 Apr 2020, 10:49 AM
Ramadan berbeza, buka ruang MB berbuka dengan keluarga

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sambutan Ramadan kali ini menghadirkan keadaan berbeza kerana tugasan banyak dilakukan di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sisi berlainan dalam tempoh 10 tahun itu memberi peluang kepada beliau untuk berpuasa, berbuka dan beramal ibadah bersama keluarga pada bulan mulia ini.

"Ini merupakan kali pertama (dapat bersama keluarga). Suasana berbeza Ramadan kali ini kerana saya lebih banyak bertugas di rumah berbanding di pejabat seperti sebelumnya," katanya ketika wawancara menerusi Instragram Dbilique bersama Farah Fauzana hari ini.

Amirudin berkata kebiasaannya setiap tahun apabila tiba hari pertama umat Islam berpuasa, beliau sekeluarga akan mengunjungi lokasi tumpuan iaitu bazar Ramadan di Kompleks PKNS untuk mendapatkan menu kegemaran seperti kuih lopes, murtabak dan popiah basah.

"Saya akan luangkan masa untuk hari pertama tetapi mula sibuk sehingga 27 Ramadan dengan pelbagai aktiviti dan majlis berbuka puasa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.