AGENDA

12 individu sedang dikuarantin positif Covid-19

24 Apr 2020, 12:27 AM
12 individu sedang dikuarantin positif Covid-19
12 individu sedang dikuarantin positif Covid-19

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebanyak 12 kes positif Covid-19 di Selangor semalam adalah mereka yang pulang dari luar negara dan berada di pusat kuarantin, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tiada kes baharu membabitkan wabak itu berlaku di Selangor sejak kelmarin.

"12 kes positif Covid-19 di Selangor hari ini (semalam) adalah kes luar negara iaitu mereka yang pulang dari luar negara dan berada di pusat kuarantin.

"Kes domestik adalah sifar hari ini (semalam) dan angka tersebut telah dicatat sejak semalam (kelmarin). Terus patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tulisnya di Twitter malam tadi.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan sebanyak 1,369 kes secara keseluruhan di Selangor sehingga semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.