BERITA UTAMA

801 nelayan Selangor terima baucar petrol RM300

23 Apr 2020, 1:48 AM
801 nelayan Selangor terima baucar petrol RM300

SHAH ALAM, 23 APRIL: Seramai 801 nelayan di negeri ini menikmati bantuan baucar petrol bernilai RM300 yang diperuntukkan di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Dua, kata EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata inisiatif berjumlah RM240,300 membolehkan nelayan membuat pembelian bahan bakar berkenaan di stesen minyak Petronas serta Shell.

"Penyaluran bantuan akan dilaksanakan melalui Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh Selangor. Semoga bantuan diselaraskan Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani sedikit sebanyak membantu mereka mengharungi tempoh sukar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan," katanya dalam kenyataan semalam.

Bantuan kepada nelayan disampaikan Ir Izham kepada Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Selangor Norazian Safian di pejabat EXCO di sini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.