ad
ADN

DUN Lembah Jaya agih bantuan Covid-19 lebih RM100,000

22 Apr 2020, 10:06 AM
DUN Lembah Jaya agih bantuan Covid-19 lebih RM100,000
DUN Lembah Jaya agih bantuan Covid-19 lebih RM100,000

SHAH ALAM, 22 APRIL: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya mengagihkan sumbangan Covid-19 fasa pertama kepada kumpulan sasar dengan jumlah keseluruhan RM103,450, kata Ahli Dewan Negerinya.

Haniza Talha berkata bantuan berupa barangan keperluan asas itu diberikan kepada 2,069 keluarga yang kurang berkemampuan dan terjejas pendapatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Peruntukan ini merangkumi daripada dana saya sendiri termasuk ahli majlis, ketua kampung, ketua komuniti India dan sumbangan penderma," katanya menerusi Facebook hari ini.

EXCO Kerajaan Negeri itu berkata pihaknya juga akan memastikan tiada keluarga di DUN itu yang putus bekalan makanan terutama ketika wabak pandemik itu.

"Saya akan cuba bantu warga DUN Lembah Jaya yang memerlukan. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.