BERITA UTAMA

Selangor perkenal pasar pandu lalu, pesanan guna WhatsApp

20 Apr 2020, 3:27 PM
Selangor perkenal pasar pandu lalu, pesanan guna WhatsApp

SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Negeri memperkenal Selangor Agro Market @ Pasar Segar Terkawal berkonsep pandu lalu di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, kata EXCO pertanian.

Izham Hashim berkata orang ramai boleh membuat pesanan barangan hendak dibeli sehari awal dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp ke 011-33372170 bermula 8 pagi hingga 3 petang.

"Selepas membuat pesanan mereka orang ramai boleh membuat bayaran secara dalam talian atau ketika mengambil barang yang dipesan.

"Selangor Agro Market menawarkan barangan segar seperti ayam, ikan, daging, sayur dan buah pada harga berpatutan serta segar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.