AGENSI

Lebih 1,100 kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya

18 Apr 2020, 12:43 AM
Lebih 1,100 kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sebanyak 1,132 kawasan menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 6 pagi tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Abdul Halem Mat Som berkata wilayah Hulu Selangor dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya manakala Petaling, Gombak dan Kuala Selangor melebihi 90 peratus.

“87 peratus akaun pengguna terjejas sudah pulih sepenuhnya manakala 160 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.

“Di Kuala Langat, hanya lima peratus pulih sementara di Klang dan Shah Alam membabitkan 71 peratus,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Air Selangor menjangkakan masalah tersebut selesai tengah malam ini sementara bantuan lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas.

Kelmarin, Loji Rawatan Air Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Dalam sidang media semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pencemaran berpunca daripada kolam ternakan ikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.