AGENDA

Bersatu tangani Covid-19 dengan patuh PKP - MB

16 Apr 2020, 2:53 AM
Bersatu tangani Covid-19 dengan patuh PKP - MB

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato’ Menteri Besar menggesa orang ramai bersatu dan bekerjasama menangani wabak Covid-19 dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Twitternya berkata Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang berjaya menggariskan strategi pengawalan berkesan melalui PKP.

“Kita semua haruslah bersatu dan bekerjasama untuk menangani wabak ini dengan mematuhi arahan PKP,” katanya.

Sebelum itu Amirudin turut berkongsi infografik kes Covid-19 dan memaklumkan seramai 1,231 pesakit di negeri ini telah sembuh setakat 12 tengah hari semalam.

“Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada para petugas perubatan yang berusaha bertungkus lumus. Hargai mereka dengan mematuhi PKP,” katanya.

Pelaksanaan PKP yang bermula 18 Mac lalu kini memasuki fasa ketiga sehingga 28 April ini bagi memberi ruang usaha kerajaan memerangi penularan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.