AGENDA

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

16 Apr 2020, 2:33 AM
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen terhadap unit tempatan terjejas oleh harga minyak dunia yang merosot.

Pada 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.3600/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3400 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata permintaan terhadap ringgit terjejas selepas harga minyak dunia jatuh di bawah AS$20 setong berikutan bimbang mengenai permintaan yang mungkin merosot disebabkan pandemik Covid-19.

“Minyak mentah WTI diniagakan susut 1.59 peratus kepada AS$19.77 setong manakala minyak mentah Brent merosot 3.72 peratus kepada AS$28.60 setong,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0632 daripada 3.0487/0529 dan susut berbanding yen kepada 4.0438/0542 daripada 4.0371/0425 semalam.

Unit tempatan rendah berbanding pound kepada 5.4430/4573 daripada 5.4270/4350 dan susut berbanding euro kepada 4.7441/7567 daripada 4.7390/7462.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.