BERITA UTAMA

Manfaatkan aplikasi dalam talian untuk beli barang - MB

15 Apr 2020, 12:48 PM
Manfaatkan aplikasi dalam talian untuk beli barang - MB

SHAH ALAM, 15 APRIL: Rakyat perlu bijak memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan beralih kepada pembelian barangan menerusi aplikasi dalam talian bagi mengelak ancaman Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata terdapat banyak aplikasi secara maya yang boleh dipilih pengguna untuk mendapatkan keperluan mereka.

"Dalam usaha kita untuk memerangi Covid-19, kita harus bijak mencegah penularan virus. Ada banyak pilihan platform dalam talian yang menjual keperluan harian," tulisnya di Twitter.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya membuat pembayaran secara digital sekiranya membeli barangan di kedai.

"Jika anda ke kedai, anda digalakkan mengunakan kad tanpa sentuh dan e-dompet," tulisnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.