AGENDA

KKM harap dapat hasilkan vaksin Covid-19 dalam tempoh satu tahun

13 Apr 2020, 12:06 PM
KKM harap dapat hasilkan vaksin Covid-19 dalam tempoh satu tahun

SHAH ALAM, 13 APRIL: Penyelidik Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha menghasilkan vaksin merawat Covid-19 yang diharap dapat disiapkan dalam tempoh satu tahun, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menjalinkan kerjasama bersepadu dengan negara lain di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak lain bagi menghasilkan vaksin itu.

"Kita berharap aktiviti-aktiviti penyelidikan itu dapat mengenal pasti vaksin dalam tempoh satu tahun.

"Kita juga sedang membuat penyelidikan bagaimana untuk mencari vaksin berkesan merawat Covid-19," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini sedang menganalisa plasma darah didermakan 12 bekas pesakit wabak berkenaan untuk tujuan rawatan.

"Ia masih dalam penyelidikan awal untuk mengatakan untuk (merawat) pesakit tetapi sekiranya ada keperluan untuk digunakan di hospital, boleh digunakan untuk pesakit tahap lima yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.