ad
AGENDA

Kementerian Pengajian Tinggi nasihat pelajar kekal di kampus

12 Apr 2020, 3:20 PM
Kementerian Pengajian Tinggi nasihat pelajar kekal di kampus

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menasihatkan pelajar untuk terus kekal berada di kampus masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga sehingga 28 April ini.

KPT dalam kenyataan memaklumkan kesabaran pelajar diperlukan untuk mereka bertahan dalam kampus sehingga usaha memutuskan rantaian Covid-19 berjaya dilaksanakan.

Kementerian berasa yakin pelajar memahami kerajaan sedang berhadapan saat getir dalam menangani ancaman wabak berkaitan.

"Justeru, KPT berpandangan bahawa masa senggang yang ada semasa PKP boleh dimanfaatkan dengan menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, terokai penggunaan teknologi terkini, melebarkan jaringan profesional dalam LinkedIn dan komuniti Research Gate.

"Melalui usaha ini, pelajar mampu memperoleh nilai tambah yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik," kata kenyataan itu hari ini.

Sehingga kini terdapat kira-kira 80,000 pelajar berada di kampus susulan pelaksanaan PKP fasa satu dan dua.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.