BERITA UTAMA

MB: Beli barang mencukupi, minimum pergerakan

12 Apr 2020, 12:49 PM
MB: Beli barang mencukupi, minimum pergerakan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Rakyat di negeri ini diminta meminimumkan pergerakan dalam membeli barangan keperluan terutama ketika penularan Covid-19 ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata orang ramai dinasihatkan melakukan pembelian yang cukup sekurang-kurangnya hingga empat hari dan tidak perlu keluar berulang kali.

"Tiap kali keluar membeli barang keperluan, pastikan ianya cukup untuk bekalan tiga hingga empat hari.

"Ini untuk memastikan anda meminimakan pergerakan keluar rumah bagi mengelakkan mendedahkan diri dengan jangkitan virus," katanya menerusi hantaran di Twitter.

Kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac, fasa kedua (1 hingga 14 April) dan fasa ketiga (15 hingga 28 April).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.