AGENSI

PKP: Mais bantu penduduk pangsapuri Taman Kosas

12 Apr 2020, 9:32 AM
PKP: Mais bantu penduduk pangsapuri Taman Kosas

SHAH ALAM,12 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjayakan program #musaadahcovid19 dengan mengedarkan makanan kepada penduduk pangsapuri kos rendah, Taman Kosas, Ampang semalam.

Ketua Audit Dalam Mais, Zaharuddin Salim berkata bantuan itu memastikan kebajikan mereka tidak terabai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Walaupun mata pencarian mereka tergendala, tetapi ketabahan dan kesungguhan golongan ini mematuhi PKP amat dihargai. Semoga mereka terus bersabar, mudah-mudahan isu Covid-19 dapat diselesaikan, Insya Allah," katanya menerusi hantaran di Facebook Mais semalam.

Bantuan disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin itu berupa makanan sumbangan Syarikat QSR Brands seperti  KFC, Pizza Hut dan Ayamas.

Program tersebut anjuran Syarikat QSR Brands dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji; Mais, Lembaga Zakat Selangor serta Pertubuhan Belia Girl2Leader Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.