ADN

PKP fasa tiga diharap turunkan kes Covid-19 di Hulu Langat

12 Apr 2020, 9:07 AM
PKP fasa tiga diharap turunkan kes Covid-19 di Hulu Langat

SHAH ALAM, 12 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal berharap lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ke fasa tiga dapat menurunkan kes jangkitan Covid-19 di Hulu Langat.

Mazwan Johar berkata tindakan itu disambut baik dan wajar bagi memutuskan rantaian wabak dalam kalangan masyarakat di daerah itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 30 Mac lalu.

"Jika penurunan berlaku dan betul-betul berjaya di Hulu Langat, saya harap zon di bawah PKPD dapat diberi sedikit kelonggaran. Semua itu hanya boleh terjadi kalau penduduk mengikut saranan dan arahan kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Namun menurut Mazwan, sehingga kini beliau belum mendapat maklumat sama ada PKPD akan diteruskan lagi.

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan negeri setakat jam 12 tengahari semalam, Hulu Langat mencatatkan 382 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.