SELANGOR

Enam daerah masih zon merah, warga Selangor dituntut patuh PKP

11 Apr 2020, 3:12 PM
Enam daerah masih zon merah, warga Selangor dituntut patuh PKP

SHAH ALAM, 11 APRIL: Warga Selangor dituntut patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, tegas Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi Twitter STFC, sebanyak enam daripada sembilan daerah di negeri ini masih dikategorikan zon merah.

"Selain pelaksanaan saringan besar-besaran di Hulu Selangor, patuh PKP juga adalah sangat dituntut dari warga Selangor. Terus disiplin dan jangan ambil mudah!," katanya.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Bilik Gerakan Covid-19 Selangor sehingga jam 7 malam tadi, Hulu Langat merekodkan 9 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 382 kes, Petaling 7 (338), Klang 9 (163), Gombak 3 (124), Sepang 2 (56), Hulu Selangor 1 (43), Kuala Selangor 1 (29), Kuala Langat 2 (26) dan Sabak Bernam 1 (19).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.