AGENDA

PKP fasa tiga: KPM diminta laksana inisiatif belajar dari rumah

10 Apr 2020, 9:22 AM
PKP fasa tiga: KPM diminta laksana inisiatif belajar dari rumah

SHAH ALAM, 10 APRIL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bagi memastikan anak-anak terus mendapat akses pendidikan di rumah sehingga sekolah dibuka seperti biasa.

"Walaupun keadaan Insya-Allah akan kembali pulih dengan langkah yang sedang diambil, namun kita mesti ingat bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini.

"Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen utama hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin memaklumkan PKP dilanjutkan sehingga 28 April bagi membendung penularan Covid-19, dengan fasa pertama bermula 18 hingga 31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.