SELANGOR

Video warga asing solat jemaah ketika PKP palsu

9 Apr 2020, 6:50 AM
Video warga asing solat jemaah ketika PKP palsu

SHAH ALAM, 9 APRIL: Sebuah video tular yang mendakwa warga asing bersolat jemaah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan adalah palsu, kata ketua polis Sungai Buloh.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memaklumkan klip 25 saat yang didakwa berlaku dekat padang bola MBSA, Kampung Baru Sungai Buloh itu adalah kejadian pada 2018.

“Hasil risikan, video tular itu adalah berkaitan solat Hari Raya Aidilfitri yang disambut masyarakat warga asing pada 2018. Ia bukan berlaku ketika PKP,” katanya dalam kenyataan di Facebook Polis Daerah Sungai Buloh hari ini.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga mengesahkan penularan rakaman tersebut adalah tidak benar.

KKMM turut memaklumkan berita Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah diisytihar di Batu 11, Kuantan adalah palsu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.