AGENDA

Disangka coklat, rupanya dadah

9 Apr 2020, 4:46 AM
Disangka coklat, rupanya dadah

SHAH ALAM, 9 APRIL: Seorang pekerja penghantar makanan dipercayai dijadikan sindiket menghantar dadah yang disorokkan dalam bungkusan coklat, kata ketua polis daerah Klang Selatan.

ACP Shamsul Amar Ramli berkata tindakan itu terbongkar selepas polis menahan pekerja berusia 21 tahun ketika sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jambatan Kota, Klang kelmarin.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah disyaki syabu seberat 1.14 gram dalam bungkusan coklat yang dipercayai hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Dia (pekerja) dimanipulasi sindiket untuk menghantar bekalan dadah kepada pelanggan dengan menggunakan khidmat penghantar makanan,” katanya kepada SelangorKini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.