AGENDA

24.62 juta topeng mulut, hidung diedar kepada rakyat

8 Apr 2020, 8:31 AM
24.62 juta topeng mulut, hidung diedar kepada rakyat

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng mulut dan hidung percuma kepada setiap isi rumah di seluruh negara bagi membantu rakyat mencegah jangkitan Covid-19, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 24.62 juta topeng mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran yang diselia Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

“APM akan serah kepada Majlis Keselamatan Negeri, seterusnya ke daerah melalui Pusat Jawankuasa Bencana Daerah.

“Dari pusat jawatankuasa ini, topeng mulut dan hidung itu akan diagihkan ke setiap rumah melalui petugas barisan hadapan," katanya dalam sidang media harian berkaitan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, topeng mulut dan hidung akan dihantar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat ini.

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan, topeng tersebut akan diberikan kepada 8.3 juta isi rumah.

Pengagihan itu dilakukan berpandukan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai siapa yang sewajarnya menggunakan topeng berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.