AGENDA

KP Kesihatan: Pesakit SARI perlu dirawat seperti Covid-19

4 Apr 2020, 12:57 PM
KP Kesihatan: Pesakit SARI perlu dirawat seperti Covid-19

PUTRAJAYA, 4 APRIL: Semua pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) perlu dirawat sebagai pesakit positif Covid-19 sehingga penyakit itu dibuktikan sebaliknya, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12 petugas kesihatan disyaki dijangkiti Covid-19 selepas merawat pesakit pneumonia atau SARI.

“Jadi pelindungan amat penting dan petugas kesihatan kita harus mengambil segala langkah berwaspada dan mengelak daripada dijangkiti (Covid-19),” katanya dalam sidang media harian berhubung Covid-19 di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sikap pesakit yang tidak memberikan maklumat penuh boleh membahayakan petugas kesihatan.

“Jika pesakit datang ke hospital dan lindungi maklumat, ia bermakna mereka tidak bercakap benar dan tindakan ini meletakkan petugas kesihatan kita dalam keadaan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata petugas kesihatan perlu menganggap pesakit yang dijangkiti selesema serta batuk yang menunjukkan gejala pneumonia sebagai kes Covid-19 sehingga siasatan menunjukkan sebaliknya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.