ad
AGENDA

Pasukan khas, penerima Skim Peduli Sihat dapat peruntukan

1 Apr 2020, 10:04 AM
Pasukan khas, penerima Skim Peduli Sihat dapat peruntukan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Pasukan Khas Covid-19 negeri ini menerima peruntukan RM50,000 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 yang diumumkan Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya menghargai peranan pasukan khas yang aktif memerangi pandemik ini.

“Aspek penting dalam memerangi Covid-19 adalah kesihatan rakyat. Oleh itu, RM2 juta akan dibelanjakan untuk membekalkan topeng muka, cecair pembasmi kuman dan sarung tangan,” kata beliau ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar di sini hari ini.

Amirudin turut mengumumkan peruntukan RM3 juta kepada stesen kuarantin yang menempatkan individu dalam pengawasan bagi kluster tabligh dan yang baru tiba dari luar negara.

“Kerajaan Negeri juga bersetuju menambah baik Skim Peduli Sihat dengan peruntukan RM42.5 juta bagi memberi manfaat kepada 85,000 penerima,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.