AGENDA

MB: Selangor batal bazar Ramadan

1 Apr 2020, 9:12 AM
MB: Selangor batal bazar Ramadan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor buat masa ini susulan penularan wabak Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika kementerian (KKM) saran boleh buat, kita buat tetapi setakat ini ditangguhkan dahulu,” katanya pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di sini, hari ini.

Amirudin berkata, perkara itu dibincangkan pagi tadi dan arahan pembatalan akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya percaya nanti, akan akan ada bazar Ramadan dalam talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran dalam talian,” katanya.

Selain Selangor, beberapa negeri seperti Negeri Sembilan dan Terengganu turut membatalkan kegiatan tahunan itu susulan wabak virus berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.