EXCO

Siti Mariah: ADN, sukarelawan perlu patuhi prosedur agih bantuan

30 Mac 2020, 7:42 AM
Siti Mariah: ADN, sukarelawan perlu patuhi prosedur agih bantuan
Siti Mariah: ADN, sukarelawan perlu patuhi prosedur agih bantuan
Siti Mariah: ADN, sukarelawan perlu patuhi prosedur agih bantuan

SHAH ALAM, 30 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) dan sukarelawan yang ingin menyampaikan bantuan kepada masyarakat diingatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan, kata EXCO kebajikan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata prosedur dikeluarkan pada 23 Mac lalu antaranya tidak mengagihkan barang sehingga rakyat berhimpun, menjarakkan posisi mereka sebanyak satu meter dari sesiapa sahaja dan tidak menyentuh mana-mana permukaan di lokasi penghantaran.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri berpendapat badan bukan kerajaan perlu berbincang terus dengan kementerian bagi mendapat kebenaran prosedur keselamatan dan kesihatan yang lebih terjamin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Garis panduan Selangor dalam urusan agihan bantuan seperti berikut:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.