AGENDA

KKM seru lebih ramai sertai sukarelawan bantu cegah Covid-19

30 Mac 2020, 5:35 AM
KKM seru lebih ramai sertai sukarelawan bantu cegah Covid-19

SHAH ALAM, 30 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru lebih ramai sukarelawan tampil sertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19 bagi mengekang penularan wabak tersebut, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan Covid-19 di laman sesawang Facebook KKM.

"Sehingga hari ini, seramai 157 sukarelawan sudah menyertai dan ditempatkan secara berperingkat untuk membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.

"Manakala, seramai 1,008 sukarelawan yang terdiri dalam kalangan profesion perubatan bakal sertai pasukan itu di hospital," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KKM mengadakan lantikan secara kontrak anggota paramedik dan sukarelawan membabitkan Jururawat Gred U29 iaitu pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang menamatkan pengajian pada Jun dan Disember tahun lalu selain Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 membabitkan pelatih menamatkan pengajian pada Jun tahun sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.