PBT

MPK sita lebih 100 arak dijual di rumah

30 Mac 2020, 4:19 AM
MPK sita lebih 100 arak dijual di rumah
MPK sita lebih 100 arak dijual di rumah

SHAH ALAM, 30 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) merampas dan menyita 128 botol arak hasil serbuan di sebuah kediaman dijadikan premis jualan di Taman Meru Jaya, Klang malam tadi.

MPK dalam kenyataan media memaklumkan sepasukan anggota penguat kuasa menjalankan operasi pemantauan penjaja dan premis perniagaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 pada jam 8 malam itu menyaksikan pemilik premis menjalankan perniagaan runcit dan bahan berkaitan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pemiliknya tidak memiliki lesen perniagaan dan hanya mengemukakan dokumen pengenalan diri.

"Sitaan dibuat mengikut Undang Undang Kecil 3(1) Perlesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007," katanya di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.