ad
AGENDA

Tular gelombang ketiga Covid-19 pada 31 Mac berita tidak benar

30 Mac 2020, 1:26 AM
Tular gelombang ketiga Covid-19 pada 31 Mac berita tidak benar

SHAH ALAM, 30 MAC: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan berlaku gelombang ketiga Covid-19 pada 31 Mac ini seperti yang tular di media sosial.

Pasukan Respon Pantas KKKM juga meminta orang ramai tidak mempercayai gesaan supaya jangan keluar rumah pada musim hujan dan senja kerana pandemik terbabit mudah tersebar pada waktu itu.

"KKMM juga menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan pihak yang memohon bantuan peralatan perubatan dan makanan untuk kumpulan berisiko tinggi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang membuat saringan sampel Covid-19.

"Jabatan Kesihatan Perlis (JKNPs) menafikan Hospital Tuanku Fauziah dan klinik kesihatan di negeri itu mempunyai kaitan dengan hebahan risalah oleh Kelab Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang meminta sumbangan pakaian untuk barisan hadapan, peralatan, makanan serta keperluan lain," katanya dalam kenyataan semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.