BERITA UTAMA

Cemar Sungai Selangor, tindakan kepada pencemar sudah diambil - MB

28 Mac 2020, 2:58 AM
Cemar Sungai Selangor, tindakan kepada pencemar sudah diambil - MB

SHAH ALAM, 28 MAC: Tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan Sungai Selangor sehingga menyebabkan tiga loji rawatan air (LRA) dihenti tugas sudahpun diambil, kata Dato' Menteri Besar.

"Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan sumber air negeri sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang kritikal ini," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan tiga LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) terpaksa dihenti tugas pada 9.40 pagi apabila mengesan pencemaran minyak pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Bagaimanapun, selepas tindakan pantas beberapa agensi terlibat, tiga LRA berkenaan dapat berfungsi semula pada 11.55 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.