AGENSI

Fama sediakan talian maklumat Pasar Agro Selangor

27 Mac 2020, 4:46 AM
Fama sediakan talian maklumat Pasar Agro Selangor

SHAH ALAM, 27 MAC: Orang ramai boleh menghubungi pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di setiap daerah bagi mendapat maklumat lanjut Pasar Agro Selangor yang bermula hari ini.

Bagi Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Fama Dengkil di talian 03-8768 7141 manakala Pusat Operasi Fama Puchong melalui talian 03-8062 4364 bagi Petaling, Gombak serta Klang.

Kuala Selangor dan Hulu Bernam di Pusat Operasi Fama Kuala Selangor melalui talian 03-3289 1654 manakala Pusat Operasi Fama Sabak Bernam 03-3216487.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pelancaran Pasar Agro Selangor di sembilan lokasi bagi mengatasi masalah lambakan bahan segar yang tidak terjual.

Beliau berkata program dengan dana kitaran RM1juta itu bakal memanfaatkan 300,000 pengguna dan diselaraskan Fama berkonsepkan penghantaran atau beli sendiri.

Sembilan lokasi Pasar Agro Selangor yang mula beroperasi ialah:

Pusat Operasi Fama Dengkil (012-3070806)

Pusat Operasi Fama Puchong (019-2874993)

Pusat Operasi Fama Kuala Selangor (019-5403791)

Pusat Operasi Fama Sabak Bernam (019-3084781)

Pasar Borong Tani Fama Selayang (012-5839485)

Farm Outlet Putrajaya (012-3002741)

Holysmoke Seksyen 13 Shah Alam (012-3100585)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.