AGENSI

Dua kematian Covid-19 di Selangor, MB ucap takziah

27 Mac 2020, 12:02 AM
Dua kematian Covid-19 di Selangor, MB ucap takziah
Dua kematian Covid-19 di Selangor, MB ucap takziah

SHAH ALAM, 27 MAC: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa Covid-19 di Selangor, kes kematian pertama dan kedua di negeri ini semalam sejak wabak itu melanda negara.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua mangsa tersebut,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui hantaran di Twitter malam tadi.

Beliau turut meminta rakyat negeri ini patuh kepada arahan duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini berikutan Selangor negeri paling banyak kes positif virus itu.

“Kita harus menang dalam perjuangan ini," katanya.

Setakat 6 petang semalam, 510 daripada 2,031 kes positif Covid-19 di negara ini berlaku di Selangor. Jumlah itu meningkat 75 kes tetapi tiada kematian setakat kelmarin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.