SELANGOR

Mesyuarat dalam talian, Jakess guna aplikasi Skype For Business

19 Mac 2020, 9:07 AM
Mesyuarat dalam talian, Jakess guna aplikasi Skype For Business

SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) menjalankan mesyuarat secara dalam talian menggunakan aplikasi Skype For Business melalui capaian 1govuc susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mesyuarat Pengurusan Pendaftar itu dipengerusikan Ketua Pendaftar Noor Huda Roslan disertai pendaftar dan timbalan pendaftar mahkamah tinggi syariah; penolong pendaftar mahkamah rendah syariah serta ketua bahagian dan unit.

"Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang itu membincangkan mengenai arahan dan gerak kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan serta persediaan dan tindakan sebaik sahaja perintah berakhir 31 Mac ini," menurut unit komunikasi korporat Jakess dalam kenyataan.

Noor Huda mengingatkan ahli mesyuarat supaya bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 dan sentiasa mematuhi arahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.